Isnin 24 Mac 2014, hari ke-18 pesawat #MH370 hilang dari radar. Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak telah mengumumkan bahawa pesawat tersebut dianggap terhempas berikutan lokasi terakhir pesawat itu dikesan berada di selatan Lautan Hindi yang sangat terpencil dan jauh dari mana-mana lokasi pendaratan. Pengumuman itu dibuat mengikut data terkini serta pengiraan dari Air Accidents Investigation Branch (AAIB) dan Irmasat dari UK. Dengan ini, pasukan mencari dan menyelamat akan menumpukan seluruh tenaga serta aset yang ada untuk mencari kotak hitam pesawat tersebut. Namun ianya dianggap misi yang hampir mustahil akibat kedalaman lautan tersebut yang mencecah sehingga 5000m. Rujuk rajah dibawah untuk lebih jelas. Dari rajah di atas, kita dapat mengagak bahawa kotak hitam mungkin tidak dapat dijumpai dalam tempoh beberapa hari sehingga bateri kotak hitam itu habis. Jika bateri kotak hitam itu habis, cara lain diperlukan untuk mencarinya nanti. Walaubagaimanapun, Malaysia ko...