PROJEK Utopia lebih seperti bandar raya terapung berbanding sebuah bot. Dari fiksyen menjadi realiti..projek Utopia seperti tempat persembunyian Stromberg dalam filem James Bond, The Spy Who Loved Me SOUTHAMPTON: Ia kelihatan seperti sesuatu yang pernah digunakan dalam filem James Bond. Bagaimanapun, sebuah syarikat Britain percaya, bangunan terapung ini boleh menjadi sebahagian daripada kehidupan masa depan di laut. Dengan 11 dek yang boleh digunakan sebagai kediaman, kawasan meninjau 360 darjah, empat tempat tempat helikopter mendarat, tempat berlabuh sendiri, beberapa kolam renang dan ruang yang sama besar dengan sebuah kapal peranginan mewah, ia boleh diangap sebuah bandar raya terapung. Meskipun ia tidak sesuai untuk digelar kapal mewah, rekaan itu yang dinamakan ‘Projek Utopia, didedahkan kepada pengunjung Pameran Kapal Layar Monaco baru-baru ini. Perekanya, BMT Nigel Gee, dari Southampton, masih belum meletakkan harga pulau terapu...