Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2021

UPDATE : PKP DIKUATKUASAKAN DI SELURUH KELANTAN, DAERAH SIBU, SELANGAU & KANOWIT, SARAWAK

Menurut hebahan SMS dari MKN, beberapa daerah di Sarawak & seluruh Kelantan akan diletakkan dibawah PKP mulai 16 Januari sehingga 26 Januari 2021.  Ini berikutan pertambahan jumlah kes dan kluster baharu yang dikesan di negeri Kelantan sehingga menyebabkan beberapa jajahan di Kelantan menjadi Zon Merah.  Pengumuman ini menunjukkan pertambahan bilangan negeri yang dikenakan PKP selepas Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Johor, Sabah & Pulau Pinang.  Semoga rakyat negeri Kelantan terus menjaga SOP dan menjaga kesihatan diri sendiri.

PKP datang lagi!!

  Assalamualaikum semua,  Macam mana perasaan semua apabila Perdana Menteri umumkan penguatkuasaan semua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?  Seperti mana yang kita semua tahu, hanya 6 negeri yang dikenakan PKP iaitu, Selangor, Wilayah Persekutuan (KL, Putrajaya & Labuan), Johor, Pulau Pinang, Melaka & Sabah. 6 negeri lain iaitu Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu & Pahang dilaksanakan PKPB manakala Perlis & Sarawak dilaksanakan PKPP. Perintah ini terpaksa dilakukan oleh Perdana Menteri akibat angka jangkitan harian COVID-19 mula berada sekitar 3000 kes. Perintah ini juga untuk mengelakkan keruntuhan sistem kesihatan negara yang mula mencapai limit kapasiti. Keletihan para-para frontliner mula kelihatan & ramai antara mereka juga mula dijangkiti COVID-19 ini. Selain itu, kebanyakkan hospital di Lembah Klang mula mencapai kapasiti sehingga 100% katil di wad2.  Walaupun PKP2.0 ini dilaksanakan, ianya tidaklah sama seperti PKP1.0 yang mana dahulu ianya b

Selamat Tinggal 2020, Selamat Datang 2021

  SELAMAT TINGGAL 2020!!! SELAMAT DATANG 2021!!! Ingat lagi tak semasa kedatangan awal tahun 2020, semua rakyat Malaysia menyambut tahun 2020 dengan 1001 harapan. Ini kerana kita telahpun bercakap-cakap berkenaan tahun 2020 sejak zaman Perdana Menteri ke-4 lagi. Kita harapkan 2020 datang membawa pelbagai kemajuan kepada negara apabila sekali lagi PM yang mencanangkan WAWASAN 2020 adalah PM yang sama menerajui Malaysia sekali lagi.  Rupa-rupanya pelbagai perkara menarik berlaku sepanjang 2020 dimana pertama kali dalam sejarah kerajaan berubah hanya kerana lompatan2 YB di Parlimen. Berubah tanpa mandat PRU. Selang 2 minggu selepas PM ke-8 (Datuk Seri Muhyiddin) mengambil alih kerajaan, beliau mengambil keputusan untuk TOTAL LOCKDOWN  a.k.a. PKP bermula 18 Mac 2020 akibat penularan COVID-19. Maka sejak itu, rakyat terpaksa menjalani norma baharu untuk hidup. Ramai yang hilang pekerjaan, ekonomi negara menguncup & anak2 hanya bersekolah dari rumah. Tahun 2020 telah mengajar kita supaya