Menurut hebahan SMS dari MKN, beberapa daerah di Sarawak & seluruh Kelantan akan diletakkan dibawah PKP mulai 16 Januari sehingga 26 Januari 2021. Ini berikutan pertambahan jumlah kes dan kluster baharu yang dikesan di negeri Kelantan sehingga menyebabkan beberapa jajahan di Kelantan menjadi Zon Merah. Pengumuman ini menunjukkan pertambahan bilangan negeri yang dikenakan PKP selepas Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Johor, Sabah & Pulau Pinang. Semoga rakyat negeri Kelantan terus menjaga SOP dan menjaga kesihatan diri sendiri.