Hari ini seperti tahun-tahun sebelumnya, cuti panjang sempena perayaan (walaupun tidak disambut) ramai yang mengambil kesempatan pulang ke kampung atau pergi bercuti ke mana-mana pusat peranginan. Aku pun sama seperti kalian, tahun ini pulang ke kampung isteri di Terengganu. Seperti yang semua tahu, hujung tahun adalah musim tengkujuh di Malaysia terutamanya di kawasan pantai timur. Hari ini perjalanan dari Kuala Lumpur hingga ke Dungun terasa sangat lancar dengan kelajuan purata di LPT sekitar 130kmj. Namun apabila tiba sahaja ke sempadan daerah Hulu Terengganu, langit gelap bersama curahan hujan yang sangat lebat menanti. Belum sempat aku memperlahankan kereta, tayar terasa tergelincir dan hampir hilang kawalan. Nasib baik aku sempat mengawal stereng dan mula menurunkan kelajuan sekitar 80kmj sahaja. Sebaik sahaja aku dapat mengawal kereta, aku dikejutkan dengan deretan kereta yang menekan brake beramai-ramai. Rupa-rupanya semuanya ingin mengelak sebuah Proton Saga y...