Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

iOS 12 kini boleh dikemaskini

Apple telah melancarkan iOS versi terbaru untuk seluruh dunia bermulan pada 17 September lalu. Kini pengguna-pengguna iPhone di Malaysia juga sudah boleh mengemaskini versi iOS kepada yang terbaharu. Namun diingatkan bahawa bukan semua peranti Apple boleh mengemaskini iOS 12.  Senarai peranti yang boleh mengemaskini iOS 12 ialah : 1) iPad Air 1, Air2, iPad Pro (12.9") 2015 & 2017, iPad Pro (9.7" & 10.1"), iPad 2017 & 2018 2) iPad Mini 2,3 & 4 3) iPhone 5s, 6, 6+, 6s, 6s+, 7, 7+, 8, 8+, SE & X 4) iPod Touch (6th Generation) Tapi kalau list macamni korang rasa susah nak tengok, korang boleh rujuk gambar bawah ni jugak. Antara fungsi baharu pada iOS 12 ialah kebolehan membuat panggilan video facetime berkumpulan sehingga 32 orang serentak dan " memoji " iaitu membuat animoji yang menyerupai diri sendiri. Ada dua cara untuk mengemaskini sistem iOS anda iaitu: 1) Melalui  OTA (Over-The-Air) Anda cuma perlukan s

iPhone Xs, Xs Max dan Xr

Seperti biasa bulan September setiap tahun Apple akan melancarkan produk-produk terbaharu. Tahun 2018 juga tak terkecuali. Namun pelancaran iPhone 2018 kali ini sudah seperti yang diduga kerana mulai 2017 Apple telah mengejutkan dunia dengan melancarkan iPhone X (iPhone Ten) dengan UI yang baru dan segar. Seperti diduga tahun 2018 Apple mengembangkan lagi model iPhone X dengan pengenalan model XS, XS Max dan juga XR. Semua model didatangkan dengan rekaan skrin bucu-ke-bucu sekaligus menghentikan rekaan home button bulat yang telah digunakan sejak iPhone mula-mula diperkenalkan. Fungsi touch ID juga hilang bersama-sama dengan butang home dan digantikan dengan fungsi Face ID 2.0 yang lebih pantas dari yang terdapat dalam iPhone X. Untuk saiz skrin, iPhone XS adalah yang terkecil dengan 5.8" manakalan XS Max pula ialah model iPhone dengan skrin terbesar yang pernah dibuat oleh Apple. Besar itu lebih baik. Kan? Untuk tahun 2018, XS dan XS Max datang dengan 3 pilihan warna

Sijil Matrikulasi hilang??

Saya banyak juga mendapat soalan mengenai cara untuk mendapatkan semula sijil Matrikulasi yang hilang/rosak. So kali ini saya akan cerita serba sedikit cara untuk memohon semula sijil tersebut dalam entri ini. ALAMAT BAHAGIAN MATRIKULASI, KPM Mula-mula sekali bagi sesiapa yang ingin datang sendiri ke Putrajaya, di bawah ini adalah alamat Bahagian Matrikulasi, KPM di Putrajaya. Bahagian Matrikulasi  Kementerian Pendidikan Malaysia  Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E  Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan  62604 Putrajaya emel : info.matrikulasi@moe.gov.my tel :  03-8884 4083 faks :  03-8884 4028 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN 1) Permohonan mendapatkan Sijil Matrikulasi KPM akan dipertimbangkan berdasarkan syarat-syarat penganugerahan Sijil Matrikulasi KPM. 2) Permohonan mendapatkan Sijil Matrikulasi KPM hanya boleh dibuat oleh bekas pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. 3) Setiap permohonan Sijil Matrikulasi KPM akan diselesai

Assalamualaikum & Selamat Datang

Alhamdulillah, anak ketiga aku yang akan dinamakan Nur Qaseh Adelia selamat dilahirkan secara pembedahan. Kini bertambahlah ahli keluarga aku. Harap kakak2nya boleh menjaga adik baru ni ya.

Bayaran Penuh Proton Saga BLM!!!

Alhamdulillah tahun ini merupakan tahun terakhir loan kereta Saga BLM aku. Sepatutnya loan tersebut akan tamat pada bulan Mei nanti tapi apabila semakan dibuat, loan hanya berbaki RM1100 maka aku membuat keputusan untuk membuat bayaran penuh lebih awal. Sebelum membuat bayaran penuh tu, aku da call AmBank (bank loan kereta). Aku nk tahu if aku buat bayaran penuh awal sikit ni ade x diskaun lagi. Tapi ambank kate da takde diskaun sebab bayaran ni pun cuma tinggal pokok je. bunga - bunga semua da habis di bayar. Tapi bila aku da buat bayaran penuh, ade jugak diskaun lebih kurang rm100. So jimat sikit lagi kat situ. Seminggu selepas buat full payment tu, aku pun pergi ke JPJ untuk tukar nama di geran. aku siap amik cuti lagi sebab ni la 1st car aku so aku x tau cmne prosedur die. Normal la kan if government punye agencies akan servis lambat kan...hahaha Rupa-rupanya kejap je. Rugi amik cuti. hahaha So selepas ini aku hanya perlu memikirkan penyelenggaraan kereta ni supaya