Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

iPhone7 kini mendarat!!

Alhamdulillah berkat dari Allah akhirnya iPhone 5s aku yang bermasalah dulu tu da digantikan dengan iPhone7 128GB Jet Black. Barulah sumber komunikasi aku bersambung semula selepas terputus akibat kerosakan 5S tu. Diharap iphone7 ni mampu berkhidmat dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sijil Berhenti Sekolah Hilang??

Kali ni aku nak sambung lagi cerita berkenaan dengan sijil hilang. Untuk pos lama pasal sijil peperiksaan yang hilang boleh KLIK SINI .  Aku buat post ni sbb aku banyak terima soalan berkenaan Sijil Berhenti Sekolah , Sijil2 Kokurikulum , dsb.  Untuk pengetahuan kalian, Sijil Berhenti Sekolah perlu dirujuk ke sekolah terakhir tempat anda bersekolah. Kebiasaannya sekolah akan simpan semua data murid yang pernah bersekolah di sekolah tersebut. Cuma mungkin anda perlu menunggu beberapa hari untuk proses mencari semula maklumat anda di dalam stor sekolah. Inshaa Allah anda akan dapat semula sijil berhenti sekolah anda. Setakat ini aku masih tidak dapat maklumat yang tepat cara untuk dapatkan balik sijil-sijil kokurikulum. Cuma maybe korang leh jugak rujuk cikgu-cikgu yang berkenaan untuk bertanya tentang sijil korang. Contohnya, sijil korang untuk kadet remaja sekolah, korang kene tanya cikgu penyelaras kadet remaja sekolah. Jangan tanya orang lain sbb maybe diorang x tau. Nnt mes

iPhone buat hal...7 is next??

Semalam secara tiba-tiba iphone aku problem. Rasanya rosak kat antena dia la sbb dari semalam dia asek searching network je. Nampaknya petang ini kena hantar 5S aku tu jumpa doktor iP kt presint 15. Nak tau jugak apa masalah sebenar tepon tu. Kalau betul da nazak sgt, aku mungkin terpaksa memaksa 5s tu pergi.

Proton SAGA 2016 dilancarkan!!!

Semalam (28 September 2016), Proton memperkenalkan secara rasmi ahli baru PROTON yang membawa nama SAGA. Lagenda kenderaan keluarga pertama negara kini dipikul oleh model baru yang lebih segar. Banyak ciri-ciri baru yang diberikan namun ditawarkan dengan harga lebih berpatutan.  Senarai harga SAGA mengikut varian seperti kat bawah: 1.3L Standard MT  RM36,800 1.3L Standart CVT  RM39,800   1.3L Executive CVT RM42,800 1.3L Premium CVT  RM45,800 (Semua harga diatas adalah termasuk insurans & warranti 5tahun/150,000KM) Aku kagum dengan keazaman Proton dalam membuat kereta dan meletakkan tanda harga yang sama dengan model sebelumnya sedangkan kita tahu nilai Ringgit Malaysia sudah semakin rendah. Mungkin itulah komitmen Proton untuk terus menghasilkan kereta berkualiti setanding kereta import pada harga mampu milik.  Spesifikasi SAGA ini juga jauh berbeza dari spesifikasi SAGA generasi kedua. Banyak peralatan baru yang dimasukkan ke dalam model generasi ketiga ini.

Sijil Peperiksaan Hilang?? Cara mendapatkan sijil yang hilang

PERMOHONAN SALINAN SIJIL @ TERJEMAHAN SIJIL (LCE/SRP/PMR/PT3/MCE/SPM/STAM) last update : 09 Julai 2018 ada 2 cara untuk memohon salinan sijil... A. PERMOHONAN MELALUI KAUNTER Korang leh dtg terus ke Lembaga Peperiksaan (alamat kat bawah) dan terus ke kaunter urusan di tingkat bawah tu..cara ni tuk orang yg tinggal dekat2 dgn putrajaya ye..yang jauh2 tu korang pilih la cara yang kedua kt bawah nanti.. LEMBAGA PEPERIKSAAN Aras 1-2, 5-13, Blok E11, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Presint 1, PUTRAJAYA (u.p : unit sijil, UPMPD) No tel : 03-8884 3526/3528 Masa Operasi Kaunter : ISNIN - KHAMIS : 8.15pg - 4.30ptg  (lunch hour juga buka) JUMAAT : 8.15pg - 12tgh hari (12.00 - 2.45ptg : rehat)  2.45ptg - 4.30ptg Tempoh proses permohonan adalah seperti berikut : a : Permohonan Salinan Keputusan  1. SPM pada atau selepas 1994 : 1 jam 2. SPM pada atau sebelum 1993 : 7 hari bekerja 3. SPM(Julai) : 7 hari bekerja 4. SPMVokasional

Selamat Datang WC9347T

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana atas rahmat dan nikmat-Nya maka kereta baru kami selamat diterima dengan baik. Model yang dipilih adalah Honda HR-V tahun 2016 berwarna hitam. No plat dirahsiakan demi keselamatan. Ekekeke Pemilihan kereta ini dibuat berdasarkan pemilihan kuasa mutlak isteri kerana beliau amat meminati design kereta ini. Tapi sebenarnya memang tak pernah pun buat perbandingan antara model-model lain. Kami pun sebenarnya tak jangka bahawa pihak bank akan meluluskan pinjaman kami.  Kami berharap dan berdoa bahawa kereta ini akan dapat berkhidmat dengan cemerlang untuk 9 tahun yang mendatang. Amin!!!

Selamat Tinggal WWC2169

Da seminggu da semenjak kete saga flx milik isteri eksiden dan kini berada di bengkel sedang di analisis keadaannya..aku rase da xd harapan nak sembuh da kete tu akibat rempuhan kuat bas persiaran kat sisi kete tu..agak teruk la kondisinya..mungkin akan total lost..klu betul la total lost maka kami sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih atas jasanya kepada kami..ribuan kilometer telah ditempuh bersama dan jutaan moment yang berlaku malah andalah yang menemukan aku dan isteri hingga ke alam perkahwinan.. TERIMA KASIH PROTON SAGA FLX WWC2169!!!

Selamat Datang ke Dunia Ni - Nur Qaisara Adelia

Syukur alhamdulillah hari nih anak kedua aku selamat dilahirkan dan dapat melihat dunia nih..bayi perempuan comel dgn berat 4.04kg telah lahir jam 5.30ptg..