Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

DIY Breakkie Wrap

Korang tau kan pasal menu sarapan di McDonald's nama dia "Breakkie Wrap"? Hari ini aku dengan bersemangat proton waja  waja untuk membuat sendiri Breakkie Wrap buatan aku sendiri. Hasilnya not bad. Cume mungkin bahan2 yang digunakan tu sedikit berbeza dan aku xde pengalaman buat mende tu.  Aku bercadang untuk memuatkan post cara buat wrap tu tapi buat masa nih aku masih xd kelapangan dan masih dalam usaha memperbaik cara membuatnya. Ada can nk buka kedai jual wrap je kot. Buat macam babarafi kebab tu (klik nama babarafi tu tuk sesiapa yang x tau pasal babarafi).  In sha Allah aku akan post pasal mende ni secepat mungkin.

HOT : BR1M untuk kategori bujang sudah masuk!!!

Aku dimaklumkan oleh beberapa orang rakan baik aku bahawa mereka telah menerima BR1M mereka berjumlah RM300 hari ini. Mereka mengakui wang tersebut telah dideposit terus ke akaun masing-masing. Tahniah kepada semua penerima BR1M. Berjimat cermatlah di kala semua barang mengalami kenaikan harga ini. Jangan terlalu seronok berbelanja hingga nanti terngadah di kemudian hari.

Skim Rumah Untuk Rakyat

Isu memiliki rumah di Malaysia terutamanya di ibu negara sering menjadi isu hangat. Baru-baru ini akhbar The Star melaporkan jumlah pendapatan yang diperlukan oleh seseorang untuk membeli rumah di sekitar Lembah Klang ini. Berikut ialah imej dari laporan tersebut.

Keselamatan Data di Dunia Maya??!!

Dunia maya kini menjadi terlalu sinonim untuk rakyat Malaysia masa kini. Mengikut statistik dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, kadar penembusan dunia digital mudah alih di Malaysia ialah 143.5%. Ia agak tinggi berbanding jumlah penduduk Malaysia yang berjumlah lebih kurang 30 juta orang (sumber dari Jabatan Perangkaan Malaysia ).  Menjadi trend masa kini yang gemar menggunakan laman media sosial untuk berkongsi cerita menjadikan Malaysia berada di kedudukan ke-17 dari senarai pengguna Facebook terbanyak di dunia iaitu sebanyak 12juta orang. Oleh sebab itu, banyak berlaku kes-kes jenayah berlaku berpunca dari laman sosial ini.

Penantian Yang Memenatkan

Benar kata orang bahawa penantian itu suatu penyeksaan dan orang tua-tua sentiasa menasihatkan supaya jangan membuat orang lain menunggu kita. Akan tetapi kini aku sudah terlalu penat untuk menunggu.  Bulan Februari memasuki minggu ketiga dan semakin menghampiri ke bulan Mac. Sehingga kini aku masih lagi tertunggu-tunggu untuk tuntutan kerja lebih masa bulan Januari. Apa sebab mereka lambat membayar tuntutan tersebut? Adakah duit peruntukan sudah habis? Mengapa langsung tiada khabar berita dari unit kewangan?  Harapan aku kini da hampir pupus. Hanya gaji bulan Februari menjadi harapan terakhir aku. Pesananku kepada sesiapa yang memproses permohonan itu ialah sila maklumkan jika terdapat sebarang masalah agar pemohon tidak tertunggu-tunggu dengan harapan yang tidak kunjung tiba.

Im lovin' it #BrekkieWrap

Isnin tiba lagi. Hari baru. Minggu baru dalam bulan Februari ini. Semalam aku kebetulan menonton iklan McDonald's. #BekkieWrap hanya RM1 berbanding harga asal yang lebih mahal. Oleh itu, pagi tadi aku telah keluar rumah awal lagi dan singgah di kaunter pandu-lalu di McDonald's Bangi untuk mendapatkan promosi ini untuk diriku. Alhamdulillah. Setelah merasai menu sarapan ini, aku bertekad untuk memasaknya sendiri di rumah untuk santapan bersama isteri atau mungkin aku boleh memasaknya untuk ibu serta adik-adik di keramat juga. * Click sini untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini.