Salam semua.. Kali nih aku nk bercerita tentang situasi aku ketika lunch di Kompleks Pentadbiran Putrajaya ni. Sejak bermulanya tahun 2014, semua harga makanan di hampir semua kafeteria di sini naik harga. Contohnya, milo ais di blok E7 sebelum ini rm1.60 dan rasanya sgt 'kaw'. Kini harganya naik 20sen dan rasanya amat tawar. Oleh itu, alamanda yg berdekatan menjadi pilihan kedua. Namun pilihan kedai makan di sana amat kurang. Bagi aku yang senantiasa ingin berjimat, McD adalah pilihan utama. Ini kerana dengan berbekalkan rm10, anda mampu untuk menikmati 1 set mknn yg terdiri drpd 1 burger/ayam, 1 minuman ringan & 1 kentang goreng. Antara set yg anda boleh nikmati dgn rm10 ialah McChicken (besar/kecil), Double Cheese Burger (kecil), Big Mac (kecil), Quarter Pounder (kecil). Set ini mengenyangkan dan bagi aku ia berbaloi. Namun perlu diingatkan supaya anda tidak terlalu kerap mengconsume mknn ini kerana minuman ringan itu terlalu byk kandungan gula. Nanti and...