Entah dimana silapnya, skuad Harimau Malaya yang digeruni dan diiktiraf sebagai terkuat di Asia Tengganu sejak 2010 bagaikan kehilangan taring dan kuku apabila tunduk memalukan kepada skuad Singa di hutan belantara sendiri. Skuad Malaysia dibarisi dengan pemain-pemain bertaraf bintang di liga tempatan tampak gagal menyerlah dan menyekat kemaraan skuad singapura. Mereka kelihatan seperti hilang punca dan gagal menyempurnakan banyak peluang di depan gawang lawan. Saya selaku rakyat a.k.a. penyokong malaysia berharap para pemain dapat menyusun semula strategi bagi menghalang piala Suzuki AFF jatuh ke tangan orang lain. Buktikan kepada kami bahawa sokongan kami kepada kalian adalah berbaloi. KATA2 PAPAZOLA : Tanah tumpahnya darahku!!