Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

Duit Kertas Versi Terbaru

16 Julai - Siri baru wang kertas Malaysia yang terbaru mula diperkenalkan. Ia akan mula menggantikan wang kertas kiri lama yang masih berada di pasaran sekarang. Duit baharu ini diperkenalkan dalam 6 nilai berbeza iaitu RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100. BNM memperkenalkan semula wang kertas RM20 yang telah lama dipupuskan. Dibawah ialah wang kertas RM20 versi terakhir.  Selain dari pengenalan semula RM20, aku ternantikan kemunculan semula wang kerta RM2 yang pernah dikeluarkan dahulu. RM2 sebenarnya memudahkan juga dalam urusan pertukaran wang sbb kita da tak perlu RM1 2 keping. Harap2 selepas ini RM2 juga diperkenalkan semula. KATA2 HH?? : Banyak ciri2 keselamatan duit kertas baru nih..tp adakah nilai duit kita berpadanan dgn nilai simpanan emas negara kita?

EURO2012 Poland & Ukraine : Final Day

Tanggal 1 Julai (waktu di Poland), perlawanan terakhir Kejohanan Eropah 2012 dengan Itali bertemu Sepanyol. Keputusan akhir memihak kepada Sepanyol menewaskan Itali 4-0.

Julai : Bersama Sya'aban & Ramadhan

Hari nih ialah 2 Julai 2012 bersamaan 12 Sya'aban 1433H. Ketibaannya diiringi dengan semangat ramadhan yang dijangkan akan hadir pada 21 Julai 2012 nanti. Sepatutnya umat Islam seluruh dunia meraikan kehadiran bulan mulia yang Allah jadikan khusus untuk umat Rasulullah S.A.W. di mana di dalamnya terdapat 1 malam yang lebih mulia dari 1000 bulan. Namun apa yg berlaku ialah kita lebih berminat bercakap tentang hari raya aidilfitri berbanding ramadan itu sendiri. Sedih rasanya jika itu berlaku kepada kita kerana ramadan dan segala kebaikan yg dibawanya hanya muncul setahun sekali. Adakah kalian berpendapat bahawa kalian akan dapat bertemu dengan ramadan tahun hadapan jika kalian sengaja melepaskan ramadan pada tahun ini? Kita semua tidak tahu adakah nyawa kita masih bertahan sehingga ramadan akan datang. Oleh itu, saya menyeru semua umat Islam termasuk diri saya sendiri supaya bersiap sedia mengejar segala kelebihan bulan ramadan ini. Semoga Allah memberkati segala perbuatan