Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

WWW1 bernilai sebuah BMW 7 series

sekali lagi kegilaan warga malaysia kepada nombor2 pendaftaran kenderaan yang cantik2 menjadi topik hangat. Kali nih no plat WWW1 yang memecah rekod dgn harga bidaan tertinggi dalam sejarah Malaysia dengan bidaan berjumlah RM520,000.00. Di bawah nih aku sertakan sekali jadual bidaan tuk plat WWW tp no lain lak..  So korang tgk la sendiri berapa kutipan JPJ tuk plat WWW1 hingga WWW23. Aku malas nk kire tp aku congak2 ade dlm rm1.5juta gak la. Banyak kan? Kata HH?? : kebanyakkan org yg bida ni sume jenis nk mengabdikan sesuatu pada plat no diorg..tp syarat utama mestilah ade wang beratus ribu baru leh bida no camni..btul x?

Kecomelan Yang Digilai Ramai

Semalam aku menonton tv1 berkenaan haiwan2 di antartika..korang tau kan antartika kt belah mana kan? so xyah la aku cerita pasal antartika lagi kan? aku pun xnak cite pasal antartika tu sbb aku lebih berminat kt satu jenis binatang ni yang bagi aku sgt comel terutamanya ketika ia berjalan di darat.  Haaa ni lah binatang tu!! penguin namenya. Haiwan ni menetap di kutub selatan iaitu di benua paling sejuk di dunia (antartika la tu). Mereka selalunya ditemui berkelompok2 dalam kuantiti yang sangat besar. Bagi aku haiwan ni comel sbb mereka ni bila berjalan di darat sgt comel. Terkedek-kedek kiri dan kanan. Patutlah binatang ni sering menjadi ikon yang cute & fofuler dikalangan gadis2. Percaya x cakap aku? percaya la..percaya la..x caya gak? ni aku bg bbrp katun berkonsepkan penguin dan sgt fofuler.. Pingu, penguin bisu yg sgt kelakar dan nakal!! Pororo, katun penguin dari Korea!! Happy Feet - Filem animasi tentang penguin yang pandai menari!! So skrg korg percay

Kaki Melancong Khas Anda Buat!!

Kali ni aku nk cerita..cerita? cm pelik je bunyinye..ape ayat yg seswai ye? hmm....... haaa tau da..kali ni aku nk menulis entry tuk semua kaki-kaki melancong dan melencong kt luar sana. Apa mende yg penting tuk korang merancang percutian korang? Beg? Duit? Salah! Bagi aku korang perlukan takwim cuti tuk korg xyah lah nk mohon cuti banyak2. Len la kalau korg tu bos takpe la kot. So di sini aku akan hulur takwim cuti bagi tahun 2013 tuk korang merancang tarikh yg seswai tuk korang melancong.  AMARAN : takwim ini mungkin disalahguna oleh orang2 yang suke melencong dari kerja mereka!! Haha..so seperti yang dijanjikan nah tok korg..tadah tangan cepat! nk hulur takwim ni.. Malaysian State &  National  Holidays 2013 Dates Occasion For 1 January Tuesday New Year All states except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu 14 January Monday Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan's Birthday Negeri Sembilan only 15 January Tuesday Sultan of Kedah's Bi

Hujan Dan Bila Esok Versi Versus

Kali ni aku nk bercakap mengenai VERSUS walaupun aku ni bukanlah penonton tegar rancangan nih sbb minggu2 sebelum ni aku x pnah pun tgk rancangan nih..tapi ntah knapa aku tergerak ati tuk tgk rancangan ni dan aku sgt impress dgn hasil kerja band HUJAN yang ditugaskan untuk merosakkan lagu Dan Bila Esok nyanyian band SOFAZR. Kepada korang yang belom mendengar atau menonton Versus minggu lepas, ni aku bg link youtube tuk korg tgk dan dgr..gile best!! Tuk sesiapa yang nk berita lebih lanjut, korang KLIK SINI tuk baca laporan persembahan Hujan.

Namba Parks yang gila Cool!!

Sedang aku berjalan2 membelek blog2 yang ade di dunia maya ni, aku terserempak dgn artikel yang super best (bagi aku best la..tuk korg aku x tau best ke x). Post berkenaan design satu shopping compleks di Osaka, Jepun yang dibina oleh   The Jerde Partnership . Design compleks tu sungguh mesra alam dan berkonsepkan teknologi hijau. Sape sangka buat bangunan tapi kehijauan itu masih boleh dikekalkan. So aku letak dulu gambar2 yang cambest tu kt bawah nih tuk tatapan korang. So amacam? cantik x bangunan tu? tuk sesiapa yang nk tgk maklumat lanjut pasal bangunan ni, korang leh klik kt sini je.. CLICK HERE!! KATA HH?? : rasenye Malaysia da mula perlu memikirkan untuk menggunakan konsep rekaan cmni sbb bangunan cmni adalah bangunan multi-purpose..kan?

Coklat itu Koko?!

Aku sedang mengalami kebusanan di petang ahad ni dan mengambil keputusan untuk berjalan2 di alam internet ni. Akhirnya aku terjumpa satu entry dari blog D'Ya Marshmello berkenaan 10 perkara yang lelaki perlu tau tentang wanita. Antara banyak2 perkara tu (padahal ade 10 je pun) aku sgt berminat kt ayat ni.. " B ila lelaki yang disukainya atau dicintainya merenung tajam ke dalam matanya,  dia akan  CAIR  seperti  CHOCOLATE ." Aku terfikir sendirian.... Btul ke ape ayat ni cakap? Aku da la mmg suke coklat terutamanya bar coklat dari cadbury sambil di dalamnya terdapat kekacand badam yang sungguh rangup dan menyelerakan. Pergghhh!! meleler air liur aku..ekeke ok2 kite balik semula ke topik asal. Kenapa wanita boleh cair hanya dengan renungan mata? Aku cume hanya teringat ayat "dari mata jatuh ke hati". Ayat ni je kot yg leh relate dgn kenyataan di atas tu. Aku cm malas nk pikir. So aku rase aku off dulu la. Nanti if ade ape2 yg aku leh relate blk,

Roti Pita Berintikan Sayur, Tomato & Ayam

Penah x korang jumpe kebab di pasar-pasar malam yang mane ramai org2 melayu kite jual dlm rm2 tuk kebab daging dan rm2.50 tuk kebab ayam? Pnah x korg tgk penjual2 kebab tu kaya raya dan ade restoran sendiri? Last skali, ko pnah terpikir x yang kebab ni bile dijual di dalam restoren jadi sangat popular? Tu la kelebihan yang ada pada en McDonald's. Ideanya hanyalah memperkenalkan kebab tu dgn nama baru iaitu foldover tp dgn lambang M pada kertas pembalutnya. Siapa sangka idea unik tersebut akhirnya menyebabkan McD sangat untung. Ramai orang tergila-gilakan set menu foldover ni. Mula diperkenalkan dgn name Grill Chicken Foldover kini pada 2012 name Grill tu digugurkan dan diletakkan harga baru iaitu RM12.95 tuk McValue Meal diluar waktu Lunch & Dinner. Dengan sos garlic istimewa, 2 keping daging ayam, tomato & kubis, anda pasti merasa seperti ketagih dgn rasanya.  SECORET RASA : Aku rase McD patut bayar aku sbb aku da promote nih..btul x?

Statistik Tertinggi??

Semalam aku mula memberikan muka buku pada blog aku.. eh ! silap bukan muka buku tapi muka baru.. ini semua gara-gara ingin memberikan impak atau pandangan lebih segar bugar umpama ikan segar yang baru naik dari bot-bot nelayan di jeti..  Semalam juga wat pertama kali dalam tahun nih aku mengiklankan lagi blog aku di laman mukabuku ku.. Banyak persoalan yang berada di minda.. " Banyak tanda tanya dan juga kata kerja..  Otak kata jangan hati pula kata ya..  Hidup tak menentu adakah ini cinta" opss.. terlayan pulak mp3 lagu cinta muka buku ! er..kite kat mane td ye? lupe lak ! Hah ! da ingat da..aku cume nk cakap kesan pengiklanan blog aku kt laman FB aku tu telah mengakibatkan lonjakan pengunjung ke blog aku. So pasni aku perlu mencari lebih banyak topik yang menarik untuk mengekalkan pengunjung ke sini.  SECORET RASA : Jika korang ade sebarang cadangan atau ide2 boleh la emelkan ke hadzlami.husin@gmail.com. tQ korang

Bahan-bahan Asas Pembinaan Masjid??

sejak aku da mule memikirkan tentang mendirikan masjid, mcm2 perkara baru yang aku kene explore. Bermula dengan belajar adat dan langkah-langkah yang perlu dituruti sebelum dapat menyiapkan masjid tersebut. Langkah 1 :  MENGEMUKAKAN TENDER UNTUK PEMBINAAN MASJID  - Langkah ini bermula dengan mula mengemukakan niat untuk mendirikan masjid bersama dengan pihak yang disukai. Namun pihak tersebut mestilah menerima niat tersebut sebelum langkah seterusnya boleh diteruskan. Langkah 2 : PEMILIHAN PEMBIDA TERBAIK - Langkah ini adalah lanjutan kepada langkah diatas yang mana pembida tender mesti menemui pegawai atasan pihak yang disukai tersebut sebelum boleh dipilih berdasarkan kelayakan yang ditetapkan oleh pegawai berkenaan. Perlu diingatkan bahawa kelayakan yang ditetapkan sering berubah dan berbeza-beza mengikut pembida dan ianya semua bergantung kepada budi bicara pegawai berkenaan. Langkah 3 : PEMBIDA DIPILIH & PROJEK DILULUSKAN - Selepas pegawai atasan t

astro dengan kisah penamatnya..

8 Jun 2012 - ari last tuk akaun astro aku hidup dan kemudiannya perkhidmatan tersebut akan ditamatkan sepenuhnya. Maafkan aku astro kerana terpaksa menamatkan perkhidmatan kau. Aku x menggunakan tv sangat la sekarang. Mayb d masa akan dtg aku akan amik perkhidmatan ko kembali. Cuma bukan sekarang. Terima kasih!!

Selamat Hari Guru!!!

16 mei setiap tahun diangkat sebagai hari guru bagi seluruh negara..ia dipilih sempena tarikh pengumuman nota razak yg mula membawa perubahan kepada sistem pendidikan negara.. guru2 boleh juga diibaratkan ibu bapa kedua bagi kita kerana apabila kite di sekolah mereka yang akan menjaga serta mengambil berat tentang kite..kemajuan kite di dalam pelajaran merupakan kebanggaan mereka dan apabila kite gagal mereka juga adalah org pertama yang akan risau dan sentiasa memikirkan cara untuk membantu kitaa dlm pelajaran kita.. oleh itu..baik kirenye kita menghargai guru kite dan luangkan la masa sebentar dengan hanya mengucapkan terima kasih cikgu kepada guru2 kite.. Secoret kata :  Saya mengucapkan selamat hari guru kepada semua cikgu2 yang penah mengajar saya terutamanya cikgu sy ketika saya darjah 6..terima kasih cikgu..

wow!!

wah..da lame sgt aku x luangkan mase di blog kesayangan aku..last posting aku pada 1 Jan dulu..nmpknya azam tahun baru aku yg 1 ni da terencat da..well sepanjang 4 bulan aku menyepi dari dunia blog ni..mcm2 perkara berlaku kt aku..antaranya kecelakaan yg menimpa lutut aku pada 21 Januari 2012 sehingga aku terpakse dibedah pada 25 Januari 2012 dan terpaksa bercuti lame selama 3 bulan sehingga 21 April 2012..gambar aku dibedah boleh di lihat di link ni (https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150510746995872.373714.610010871&type=3)... then aku telah pun ditukarkan ke SJK(C) Chung Hwa Wei Sin dari JPN Terengganu bermula 02 April 2012..so aku terus melaporkan diri ke sekolah tersebut apabila cuti sakit ku tamat.. Semalam iaitu pada 12 Mei 2012 aku menduduki peperiksaan kemasukan bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 di Kolej Komuniti, Kuala Terengganu..aku xreti nk komen cmne dan ape pendapat aku tentang peperiksaan tu..aku cume boleh tunggu 16 Jun 2012 ni