Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2016

Selamat Datang WC9347T

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana atas rahmat dan nikmat-Nya maka kereta baru kami selamat diterima dengan baik. Model yang dipilih adalah Honda HR-V tahun 2016 berwarna hitam. No plat dirahsiakan demi keselamatan. Ekekeke Pemilihan kereta ini dibuat berdasarkan pemilihan kuasa mutlak isteri kerana beliau amat meminati design kereta ini. Tapi sebenarnya memang tak pernah pun buat perbandingan antara model-model lain. Kami pun sebenarnya tak jangka bahawa pihak bank akan meluluskan pinjaman kami.  Kami berharap dan berdoa bahawa kereta ini akan dapat berkhidmat dengan cemerlang untuk 9 tahun yang mendatang. Amin!!!