Aku baru tahu yang kerajaan bercadang untuk menarik balik semua subsidi kerajaan untuk minyak petrol Ron95 dan diesel bermula 1 Disember ini. Difahamkan harga kedua bahan bakar ini akan diapungkan mengikut harga pasaran dunia sepertimana yang diamalkan pada minyak Ron97. Berita lanjut boleh didapati di bawah ini :- PaulTan.org Harian Metro The Star Online Utusan Malaysia Baru-baru ni kerajaan baru mengumumkan penurunan harga minyak Ron97 sebanyak 20sen. Adakah langkah terbaru kerajaan ini bakal menyaksikan harga Ron95 dan diesel juga diturunkan harga? Untuk makluman, harga minyak mentah (crude oil price) dunia adalah dalam sekitar USD$75.58 seperti rajah dibawah :- Walau apapun kita hanya perlu tunggu dan lihat perkembangan harga minyak ini dari semasa ke semasa.