Jumaat, April 4 2014 : Hari ini isteriku telah melahirkan seorang bayi perempuan yang tersangat comel. Bayi seberat 3.2kg dilahirkan tepat jam 7.36 malam diberi nama Puteri Nur Qisya Adelia binti Mohammed Hadzlami. Semoga kehadiran #BabyQisya akan menambahkan lagi kebahagiaan mummy dan daddy. Daddy akan menjaga dan memelihara Qisya menjadi insan yang terbaik. Niat dihati nak tulis macam-macam lagi tapi ntah kenapa aku rasa macam nak nangis je. Idea lak kering. Nanti kalau ada idea lagi nak tulis atau tambah apa-apa aku akan tambah.