Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

Kemarau Musim Bermula Asap & Api Lalu Berhasil Jerebu

Malaysia kini diselimuti oleh kepulan asap yang datang dari Kepulauan Sumatera, Indonesia hasil dari pembakaran kawasan pertanian. Ia diburukkan lagi dengan perubahan musim yang kini memasuki musim kemarau di rantau ini. Cuaca yang kering juga menyebabkan usaha membendung gejala jerebu mengalami kebuntuan akibat tiada awan hujan yang boleh digunakan untuk pembenihan hujan. Kini situasi di Malaysia dan Singapura telah mengatasi tahap kritikal. Di Malaysia, PM Malaysia telah mengumumkan darurat di beberapa daerah yang mempunyai Index Pencemaran Udara (IPU) yang melebihi tahap 500. Daerah2 tersebut antaranya ialah Muar & Ledang, Johor. Beberapa negeri pula mengambil langkah menutup sekolah seperti di Kuala Lumpur, Selangor & Melaka.

Bulan Yang Bermadu di Medan, Indonesia

Susulan dari majlis perkahwinan aku pada 1 jun yg lalu, aku & isteri mengambil keputusan untuk berbulan madu di Medan, Indonesia. Percutian kami berlangsung selama 4 hari 3 malam dari 10 - 13 jun 2013.  Penerbangan dari LCCT, KUL jam 2.15ptg dan tiba di Medan, Indonesia jam 2.15ptg (masa di Medan adalah 1 jam lewat dari KL). Sebaik tiba, kami dijemput oleh pemandu pelancong dan terus dibawa ke Pulau Samosir, Danau Toba. Perjalanan dirasakan terlalu jauh kerana laluan yang banyak traffik dan sebuk. Kami tiba di Samosir jam 11 mlm dan terus terlena di hotel penginapan kami di Samosir Villa.