27 - 29 Oktober 2010 : Tasik Kenyir Sektor Pengurusan Sekolah JPNT yang terdiri daripada 4 unit kecil iaitu Unit Penyeliaan Sekolah Menengah, Unit Penyeliaan Sekolah Rendah, Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak & Prasekolah dan Unit Perhubungan & Pendaftaran telah menganjurkan satu mesyuarat yang bertempat di Rumah Peranginan Persekutuan, Tasik Kenyir. Ia telah dihadiri oleh semua kakitangan sektor berkenaan dan berjalan sangat lancar tanpa sedikit masalah besar. Mesyuarat tersebut juga telah dirancakkan lagi dengan kehadiran Pengarah Pelajaran Terengganu yang sanggup meluangkan masa untuk bersama-sama menyertai mesyuarat tersebut.