Aku jumpe artikel ni dari kawan aku yg kebetulan post kt google buzz die..so aku terasa mcm nk share kt sume org..so aku copy ke dlm blog aku..ape2 pun credit to Mizz Anna from VADS for the article .. KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah persahabatan. Ikatan persahabatan akan mudah rapuh jika tiada kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada pemilik cinta itu sendiri iaitu Allah s.w.t. Oleh itu, kita perlu meluahkan rasa cinta terhadap sahabat dengan mengungkap, 'uhibbuka atau i fillah' (bagi sahabat yang sama jantina) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah. KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat, kita perlu curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita. Insya-Allah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terh...